TAZKIRAH JIWA INI @JALAN HIDUP
Apabila kita ada tujuan, tetapi tidak ada jalan, kita tidak akan sampai ke tempat yang kita tuju.
Begitulah juga dengan hidup ini.
Memiliki visi dan misi hidup sahaja tidak akan membawa kita ke mana-mana tanpa memiliki jalan yang sebenar.
Justeru dalam Islam, setelah visi dan misi hidup ditetapkan, jalannya juga telah ditunjukkan. Oleh itu kita diwajibkan meminta kepada Allah agar ditunjukkan jalan itu.
.
.
Pagi tadi, sekejap lagi, petang semalam, tengah hari ini, malah malam nanti juga, pastinya kita tidak putus-putus tanpa jemu meminta agar dikurniakan jalan yang lurus.
Ya, semuanya kita ungkapkan menerusi bacaan al-Fatihah dalam solat lima waktu yang dilakukan sehari semalam.
Permohonan itu telah kita ajukan entah berapa ratus bahkan beribu-ribu kali kepada Allah SWT.
Bayangkan, jika kita kini berusia lebih 30 tahun dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (sekitar usia 15 tahun), bermakna kita telah memohon jalan yang lurus sejumlah lebih 123123 ribu kali!
"Kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan"
FikirFikirkan.
Istiqamahlah dalam menjemput kasih Sayang, ketenangan dan kekayaan
#jmmiswan
#aurarezekimalaysia
#jiwaiauramu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan