29 Januari 2019

“Hadoi! Abislah duit aku!





“Makin berkuranglah duit saya  kalau bayar ni, nanti nak bayar bill itu pulak, bayar hutang ni lagi. Nak beli susu anak lagi, pampers, belanja sekolah anak. Duit dapur lagi…hadoiii ABISLAH DUIT aku!”

Mungkin dialog ni biasa anda dengar, atau pun mungkin anda sendiri selalu zikirkan dialog ni?

Abislah duit aku! Tak cukup duit! Duit aku sikit!Kenapa susah sangat hidup aku ni..?

Lepas tu, mula la otak ligat fikir macam mana nak tambah duit? Sibuk fikir DUIT 25 jam. Mengeluh dan risau tak abis-abis!

CUKUP! 
Sudah-sudahlah asyik risaukan tentang REZEKI!

SWITCH! Tukar cara berfikir, bercakap dan tukar cara hidup anda.

Ketika berada dalam situasi seperti di atas, perkara  pertama  yang anda perlu lakukan adalah BERSYUKUR. Syukur dulu. 

Sebut  ayat ni :-

“Syukur alhamdulillah, ada duit boleh bayar ( sebutkan apa yang nak dibayar atau beli)”

Kalau boleh buat sujud syukur lagi bagus. Syukur dulu, bukan mengeluh atau berkira-kira, duit tak cukup atau makin berkurang.

Kedua, tak perlu risau hal DUIT! 
Duit ada ke takde, rezeki kita Allah dah JAMIN! Tugas kita hanya  perlu jaga ALLAH.
               
Prinsipnya – ‘JAGA ALLAH SWT, ALLAH AKAN JAGA KITA’

Orang beriman, harus ada keyakinan yang tinggi kepada Allah tentang bab duit dan rezeki ni. Jika tak yakin atau kurang yakin, dah termasuk kategori syirik. Berhati-hatilah. Dosa besar dalam tak sedar!

Bila ada masalah, sabar, solat dan redha. Jaga Allah dulu. 

Maksudnya adalah sebab Allah tak beri rezeki tu. Maka tak perlu risau apa-apa. Tenang-tenang ajer! Yakin dengan REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH. REZEKI PASTI TAK SALAH ALAMAT.

Jangan jadi BERHALA DUIT!

Kita telah diajar dalam islam, nak rezeki lancar, nak rezeki banyak, nak rezeki bertambah - yakinlah dengan ALLAH. Kerana DIA lah yang memegang rezeki setiap hambaNYA.

Amalkan FORMULA KEBERLIMPAHAN REZEKI  ni ;-

SYUKUR  +  SOLAT  +  SABAR  +  ISTIGHFAR  +  POWER SEDEKAH  
= KEBERLIMPAHAN REZEKI

Pasakkan di minda,

“Rezeki aku berkurang kerana amalan aku makin kurang, ibadah aku makin lalai dan solat aku makin lambat. Sedekah dah lam aku tak buat. Itulah punca kenapa rezeki aku kurang…”

Semuga bermanfaat!

Nak dapatkan 111 FORMULA TARIK REZEKI?


28 Januari 2019

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada!

Seorang guru meminta pelajarnya menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian.

Tujuh Keajaiban Dunia:

1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru itu terpegun meneliti nota milik si gadis kecil pendiam tadi.

Jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:

1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai.

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa.

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:


'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan..

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki. Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar. Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, Walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki.
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki.
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki.
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki.
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan.