12 Februari 2019

TERAPI MANDIAN AURA REZEKI - EXCLUSIVE DARI JIWA FOUNDER!


"Kedamaian kehidupan adalah dari JIWA. Perbaiki JIWA dan AURAmu, pasti ianya lebih merasai kebahagiaan, kasih sayang, ketenangan dan kekayaan dalam kehidupan."
- JM Miswan, Founder Aura Rezeki.
.
Semestinya ada banyak produk garam mandian di pasaran.
Namun, hingga hari ini rangkaian garam mandian aura rezeki masih mendapat tempat pertama di hati pelanggan.
Rangkaian produk Aura Rezeki tlh hampir 4 tahun di pasaran dan telah membantu memberi manfaat kepada lebih 30 ribu pengguna setiap bulan.
Stok dari HQ Aura Rezeki sentiasa abis licinss!
Setiap hari bertan-tan garam dikeluarkan kepada semua master stokis dan stokis di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.
.
Kenapa garam Aura Rezeki jadi PILIHAN NO 1?
.





Sebab ianya lahir dari JIWA Founder sendiri.
Korang tau tak, garam ni ada jiwa? Garam juga adalah makhluk Allah.
Garam sifatnya adalah PERAKAM terbaik sama seperti air.

Apa maksud 'Garam Perakam Terbaik?


Perakam maksudnya macam pita rakaman yg biasa kita guna utk rakam suara atau nyayian kita.
Perakam akan merakam apa yg kita cakapkan dan menyimpan dalam memorinya.
.
Haah! camtulah garam ni. Apa doa yang kita baca pada garam akan dirakam dan disimpan.


Sebab tulah produk keluaran Aura Rezeki dirukyah sebelum dipasarkan.
Then, semasa nak sediakan air mandian, biasanya kami akn sarankan kpd pengguna utk rukyahkan lagi dengan bacakan ayat2 berikut;

Selawat - 7x
Istighfar - 7x
 Al Fatihah - 3x
 Ayat Qursi - 3x
 At Taubah ayat 128-129 - 3x
Al Ikhlas - 3x
An Nas - 3x
 Al Falaq - 3x
 Al Kafirun - 3x


Ni utk tujuan perawatan diri yea!
Kalau nak guna utk maintain aura diri memadai dgn baca selawat dan istighfar beserta niat sahaja.
.
Penyediaan air mandian seeloknya dilakukan pada malam sebelumnya.



Contoh - nak mandi pagi esok, sediakanlah air mandian sebelum nak tido atau selepas isyak. Senangkan, ketika kita masih ada wudu' kita blh rukyahkan dulu air mandian utk esok.
Air yang telah disediakan hendaklah ditutup dan diletak di tempat yang selamat.
.
Haahhh! Itulah rahsianya garam mandian Aura Rezeki sentiasa abis stok.

Stok ditangan stokis dan Master Stokis pun tak tahan lama. Masuk stok jer, 2-3 hari stok abis licinsss..
Pisttt! Nak bisik ni. Itulah jugak rahsianya sale agen2 Aura Rezeki, gilerrrr - gilerrr masyukkk!
.
Ehem! Nak bagitau ni.. yang paling unik dan exclusifnya garam mandian Aura Rezeki ni adalah kerana datangnya dari JIWA Founder sendiri.

Jiwa yang tenang dan penuh aura dengan niat dan matlamat yang jelas untuk memberi manfaat kepada jiwa-jiwa yang bermasalah utk menggunakan garam mandian Aura Rezeki.

Kerana Founder sendiri telah merasai kejatuhan dalam biznes dan bagaimana beliau berjaya BANGKIT dengan asbabnya garam ni Allah izinkan hidupnya berubah.

Subhanallah! Itulah istemewanya rangkaian garam mandian Aura Rezeki.
🎵🎵Selamat Ulangtahun Ke-4 Aura Rezeki🎵🎵

UmmiRose
AuraPenyembuhanJiwa

10 Februari 2019

KENAPA AURA DIRI SANGAT PENTING UNTUK KITA, KENAPA REZEKI DIA MUDAH SAHAJA SEDANGKAN JUAL PRODUK YANG SAMA




Kenapa ada orang deal bisnes mudah je orang setuju, jual barang laku je, klu ikut kita pun jual barang yang sama, presentation nya bukan bagus sangat pun tapi orang suka, kalau tengok muka tidaklah cantik mana pun biasa2 je tapi dia mudah je closed job tu.

Mulalah kita buat andaian aalaaa sudah rezekinya dan mgkin juga guna pelaris, guna ayat2 pengasih dan macam2 kita andaikan


Aura ada disekeling kita, gelombang aura ada yang besar dan ada yg kecil bergantung kpd diri seseorang bagaimana dia mnjaga dan mengekalkan Aura dirinya
Aura diri boleh dibaikpulih atau dijaga melalui kaedah mandian garam, mandian bunga atau banyakkan pakai emas dibadan ini akan menampal Aura diri yg bocor


Selain itu Aura diri blh dimantapkan lagi dengan amalan2 zikir, dan sebagainya ini akan lagi menjadi magnet kebaikan kepada kita


Hasil inilah yang membuatkan seseorang itu mudah disukai, pandang tidak jemu seolah olah ada gelombang ketenangan diwajahnya yg membuat kita suka berurusan dgnnya dan kita merasa selesa serta damai apabila bersamanya


Amalkan dengan Asbab mandian garam inshaallah dgn izin Allah kita akan merasainya




FAKTOR YG MEROSAKKAN AURA ANDA.





Aura merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia.
Aura merupakan cahaya energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia.


Pada dasarnya setiap manusia dilahirkan memiliki aura yang sama, tetapi dlm proses menjalani kehidupan dan bertambahnya usia, manusia memiliki aura yang berlainan.


Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor.
Diantaranya; faktor persekitaran, keluarga, masyarakat, tingkat keimanan seseorang dan lain2.


Keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tenaga yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan gaya hidup yang tidak sihat.

Selain itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai penenang jiwa bagi mengurangkan tekanan.


Antara masalah masalah diatas boleh diatasi dengan mengamalkan mandi bunga atau mandian garam.


Mengikut kajian khasiat garam dapat membantu secara terapi dalaman tubuh dan jiwa


Kaedah mandian garam telah terbukti dapat membantu masalah masalah diatas




TIPS DAN CARA MANDI GARAM AURA REZEKI.

Setiap kali mandi, niatkan Pembersihan Rohaniah & Jasmaniah. Ratakan air ke seluruh permukaan tubuh. Belai diri anda dengan penuh jiwa dan kasih sayang, rasa kagum, yakin, bersemangat dan bertenaga

Mulakan niat kerana Allah dan Garam Aura Rezeki adalah sebagai ASBAB. 

Dalam pemerhatian dan kajian, wanita yang mengamalkan Garam Aura akan mendapat kesan positif yang sangat cepat. Aura cepat membesar. Daya tarikan yang menarik dan mudah mendapat perhatian. Wajahnya yang tampak berseri-seri. Maka lebih mudah untuk menjalankan segala tugas dan urusan. Dan mereka memiliki ketenangan yang berpanjangan. InsyaAllah.





  • Sebelum mandi sediakan bekas/baldi berisi 5 liter air.
  • Kemudian masukan 2 sudu garam ke dalam baldi tadi. (Sudu telah disediakan sekali di dalam bekas)
  • Kemudian masukkan air biasa ke dalam baldi. Kacau air mengikut arah lawan jam.
  • Semasa kacau itulah pasang niat apa yang dihajati dan fokus bagi jelas. Mulakan dengan Bismillah.
  • Setelah selesai sabun dan mandi, baru mandi bilasan terakhir dengan air garam tersebut.

Tips ketika mandi, perlu mandi dalam keadaan yang tenang, berfikir dengan jelas, cuba visualise apa niat anda dan paling penting perlu diingatkan bahawa mandi garam aura hanyalah sekadar ikhtiar. Sekiranya apa yang diinginkan tercapai, semuanya adalah dengan izin Allah dan mandi garam aura hanyalah asbab. Moga kita sentiasa dilindungi Allah.
Contoh niat :

Ya Allah, jadikan air ini sebagai penghapus / membuang perkara negatif dalam badan dan apa sahaja perkara yg tak elok.

Sambil putar lagi niat, ya Allah jadikanlah air ini sebagai magnet perkara-perkara yang baik yang positif, magnet kebahagiaan, keceriaan, magnet kekayaan, magnet perkara yg baik
(Ape sahaja kebaikan yg kita mahu).

Time period boleh mandi.
Mandi seeloknya disarankan awal pagi sebelum subuh.


CARA GUNA SEMBURAN AURA MAWAR.


Spray Serum mistral membantu menghilangkan jeragat, jerawat dan melembapkan kulit juga menjadikan kulit wajah glowing dan menaikkan seri wajah. Boleh spraykan ke wajah sewaktu lepas makeup. Spray sewaktu nak tidur. Bawalah kemana sahaja dlm beg anda dan spray bila2 waktu yg kita mahu, ketika mengantuk atau stress. Semburan mawar diberi PERCUMA dengan setiap belian 1 botol garam mandian.

(Simpan dlm peti sejuk sekiranya mahukan kesegaran berganda, jgn simpan dlm kereta atau tempat panas, kerana ia akn merosakkn kesegaran bau yg semulajadi).